Khirjoe's Blog

April 8, 2010

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PN. MAIZATUL AZURA

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:32 am

Sekalung setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Maizatul Azura … terima kasih tidak terhingga atas segala ilmu yang dicurahkan buat saya dan kami semua … dalam meniti sekelumit pengajian … buatku, inilah ilmu yang belumku perolehi selama ini … melakari dan membina laman blog sendiri … begitu juga dengan perkenalan ‘facebook’ yang sebelum ini … belum pernah kumenjengahnya … tapi kini ku sering melayarinya … untuk mencari teman yang sudah lama ditinggalkan … teman sepengajian dahulu. Terima kasih jua atas segala ilmu ‘Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Bahasa’ yang dicurahkan buatku dan kami semua dalam Semester 2 ini. Ini sahaja yang mampu kumencipta laman blog sendiri … sememangnya ada kekurangannya … diharapkan dapatlah kiranya Puan Maizatul Azura dapat mencurahkan ilmu lagi di kemudian hari … Terima kasih sekali lagi.


April 7, 2010

SIRI 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 8:46 pm

UNIT 13

TAJUK 2 : Kenderaan Kini

Halaman 66

HASIL PEMBELAJARAN
2.2 Aras 3 (i) Memaklumkan perkara yang dilakukan kepada orang lain dengan menggunakan perkataan sendiri (fokus utama).

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH / TEKNIK
Soal jawab, sumbang saran

AKTIVITI
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kehidupan masa ini yang serba moden dan hampir segala kemudahan telah ada/ berjaya dicipta.
2. Guru meminta murid menyatakan cara-cara orang hendak pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
3. Guru meminta murid menyatakan kenderaan yang pernah dinaiki oleh mereka.
4. Guru mengedarkan borang untuk menyatakan ciri-ciri kenderaan.
5. Guru meminta murid melukis kenderaan yang mereka minati.
6. Guru meminta murid mencari maklumat tentang kenderaan.
7. Guru meminta murid melayari internet http://www.techtv.com

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran Berfikir : menjana idea (aktiviti 2)
Mencirikan kenderaan (aktiviti 4)
Konstruktivisme : Melukis kenderaan (aktiviti 5)
Belajar cara belajar : (aktiviti 6)
Kemahiran Teknologi Maklumat : Melayari internet (aktiviti 7)

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar-gambar kenderaan.
Lembaran kerja atau borang yang bersesuaian.

SISTEM BAHASA
Kosa kata: kapal terbang, helikopter, kereta, lori tangki, motosikal, motobot.

RUJUKAN
Penulis DBP. (2003). Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua. Kuala Lumpur: DBP.

SIRI 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 8:36 pm

UNIT 12 : Pelancongan

TAJUK 1 : Makan Angin

Halaman 57

HASIL PEMBELAJARAN
7.1 Aras 2 (ii) Menjelaskan maksud teks yang dibaca (fokus utama).
4.1 Aras 1 (ii) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dibualkan (fokus sampingan).

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH / TEKNIK
Soal jawab, bercerita

AKTIVITI
1. Berbual-bual dengan murid sama ada mereka pernah pergi melancong bersama dengan keluarga.
2. Guru meminta murid menceritakan tempat yang pernah dilawat oleh mereka. Nyatakan ciri-ciri tempat tersebut dengan lebih meluas.
Sebagai contoh, Pulau Pinang. Minta murid nyatakan perkara-perkara dominan yang terdapat di Pulau Pinang seperti Bukit Bendera, Jambatan Pulau Pinang dan sebagainya.
3. Membaca teks.
a. Guru membaca dan murid mendengar.
b. Murid membaca mengikut guru.
c. Murid membaca secara individu dengan bimbingan guru.
4. Guru meminta murid menyenaraikan tempat-tempat peranginan yang diketahui. Sebagai contoh, Melaka, Port Dickson, Cameron Highlands dan sebagainya.
5. Guru meminta murid menamakan jalan-jalan yang terdapat dalam gambar.
6. Guru meminta murid menamakan tempat-tempat masyhur yang terdapat dalam gambar iaitu Menara Berkembar Petronas, Muzium Negara, Menara Kuala Lumpur.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran berfikir : Menyatakan ciri (aktiviti 2)
Menyenaraikan (aktiviti 4 dan 5)

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar-gambar tempat-tempat yang masyhur di negara kita.
Lembaran kerja yang bersesuaian.

SISTEM BAHASA
Kata nama khas: Proton Juara Menara Berkembar Petronas
Menara Kuala Lumpur Tugu Negara
Litar Sepang KLIA Taman Wetland


RUJUKAN

Penulis DBP. (2003). Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua. Kuala Lumpur: DBP.

SIRI 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 8:24 pm

UNIT 11

TAJUK 3 : Permainan Rakyat

Halaman 55 dan 56


HASIL PEMBELAJARAN

3.1 Aras 1 (ii) Menyatakan maklumat berdasarkan bahan rangsangan (fokus utama).
3.1 Aras 2 (i) Mengenal pasti frasa yang sesuai untuk menyampaikan maklumat (fokus utama).
2.1 Aras 3 (i) Bercerita tentang sesuatu perkara berdasarkan bahan rangsangan dengan perkataan dan ayat yang betul (fokus sampingan).

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH / TEKNIK
Soal jawab, sumbang saran

AKTIVITI
1. Guru menunjukkan gambar-gambar permainan tradisional.
2. Bersoal jawab dengan murid-murid tentang permainan tradisional.
3. Guru meminta murid menyatakan permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka.
4. Guru mengedarkan lembaran untuk murid menamakan permainan-permainan yang dilihat oleh mereka.
5. Membaca (halaman 56)
a. Membaca mengikut guru.
b. Membaca secara berpasangan.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk murid menamakan
permainan rakyat yang mereka tahu.
7. Guru meminta murid mencari maklumat tambahan tentang permainan tradisional.
8. Guru meminta murid melayari internet :
http://www.http//atur.tripod.com/petua.htm

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran Berfikir : Menjana idea (aktiviti 2 dan 6)
Belajar Cara Belajar : Mencari maklumat (aktiviti 7)

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar alat-alat permainan tradisional.
Lembaran kerja yang bersesuaian.

SISTEM BAHASA
Kosa kata : elektrik cuaca telefon berangin talian permainan tersangkut

RUJUKAN
Sitih Latib. (2000). Kraf Permainan Tradisional. Kuala Lumpur: DBP.

SIRI 4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:56 pm

UNIT 4 : Haiwan

TAJUK 1 : Tempat Tinggal Haiwan

Halaman 18

HASIL PEMBELAJARAN
2.1 Aras 2 (i) Menceritakan perkara yang terdapat dalam gambar dengan perkataan dan ayat yang betul.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH / TEKNIK
Soal jawab, bercerita


AKTIVITI

1. Guru menunjukkan gambar zoo dan haiwan dan bersoal jawab tentangnya.
2. Guru bertanya sama ada murid pernah pergi ke zoo.
3. Guru meminta murid yang pernah pergi ke zoo bercerita tentang pengalaman mereka.
4. Murid diminta mengecam haiwan yang terdapat dalam gambar.
5. Murid mencirikan haiwan itu.
6. Mencari maklumat tentang haiwan yang lain.
7. Melayari internet: http://www.animalplanet.net

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran berfikir : Menjana idea (aktiviti 3)
Mencirikan (aktiviti 4)
Kemahiran Teknologi Maklumat : (aktiviti 6)

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar-gambar haiwan.
Gambar-gambar tempat tinggal haiwan.
Kad imbasan (tempat tinggal haiwan dan gambar-gambar haiwan)
Radio kaset untuk memperdengarkan bunyi haiwan.

SISTEM BAHASA
Kosa kata : burung, monyet, katak, lembu, ikan, ular.


RUJUKAN

Abd. Khalid Md. Saad. (1999). Siri Haiwan Ternakan. Kuala Lumpur: DBP.

SIRI 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:49 pm

UNIT 3

TAJUK 3 : Cerita Datuk

Halaman 16

HASIL PEMBELAJARAN
1.2 Aras 2(ii) Menjawab pertanyaan dengan spontan.
2.1 Aras 3(i) Bercerita tentang sesuatu perkara berasaskan bahan rangsangan dengan perkataan dan ayat yang betul.
5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks kreatif dan informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KAEDAH / TEKNIK

Sumbang saran, bercerita

AKTIVITI
1. Guru menunjukkan gambar aksi orang sedang bercerita.
2. Guru menunjukkan gambar anjing, kucing, tikus.
3. Guru bertanya kepada murid sekiranya ada yang tahu tentang cerita anjing, tikus dan kucing. Pada kebiasaannya, anjing bermusuh dengan kucing. Kucing juga bermusuh dengan tikus.
4. Membaca teks.
a. Guru membaca, murid mendengar.
b. Guru membaca, murid mengikut.
c. Murid membaca secara individu.
5. Pada halaman 16, guru meminta murid membuat jangkaan peristiwa yang akan terjadi pada halaman 17.
6. Guru mengedarkan borang untuk murid menyusun cerita mengikut urutan.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran berfikir : Menjana idea (aktiviti 2, 5 dan 6).
Belajar Cara Belajar : (aktiviti 4 c).

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar orang tua sedang bercerita.
Gambar-gambar haiwan.
Buku-buku cerita tentang haiwan.

SISTEM BAHASA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang, binatang dan benda.
Kata kerja: mengejar, menangkap, masuk, meminta, mengerit.
Contoh: Ali mengejar kambing.
Loceng berdering.

RUJUKAN
Harun Mat Piah. (2003). Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei. Kuala Lumpur: DBP.

SIRI 2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:36 pm

UNIT 3 : Cerita Teladan

TAJUK 1 : Sampaikan Pesanan

Halaman 13

HASIL PEMBELAJARAN
1.3 Aras 1 (i) Mendengar arahan serta pesanan dengan teliti (fokus sampingan).
1.3 Aras 1 (ii) Menyatakan arahan serta pesanan dengan sebutan yang betul dan jelas (fokus sampingan).
1.3 Aras 2 (i) Mengecam perkataan berbentuk arahan serta pesanan (fokus sampingan).
5.1 Aras 3 (i) Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dalam teks dengan sebutan yang betul dan jelas (fokus utama).

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH / TEKNIK
Simulasi, main peranan

AKTIVITI
1. Guru menunjukkan gambar atau model telefon dan bersoal jawab dengan murid tentangnya.
2. Bersoal jawab dengan murid alat-alat perhubungan yang lain selain telefon.
3. Guru meminta melakukan lakonan spontan cara bercakap melalui telefon. Mereka boleh bercakap dengan kawan, ibu bapa dan saudara mara.
Aktiviti ini bertujuan untuk melihat pengetahuan murid tentang alat perhubungan.
4. Membaca teks :
a. Guru membaca dan murid mendengar.
b. Guru membaca dan murid mengikut.
c. Membaca secara berpasangan.
5. Guru memberikan panduan cara-cara untuk menyampaikan pesanan.
Minta murid tersebut menyampaikan pesanan tersebut kepada murid lain.
6. Sila kesan pesanan tersebut sama ada tepat, terpesong atau kurang tepat. Guru boleh membetulkan pesanan-pesanan yang kurang tepat atau terpesong. Selain itu guru akan dapat mengesan daya pendengaran murid sama ada sempurna atau sebaliknya.
7. Guru digalakkan merakam suara murid dan memperdengarkannya semula. Kaedah sebut dan dengar semula amat menarik perhatian murid. Murid akan dapat membetulkan intonasi mereka.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran berfikir : Menjana idea (aktiviti 1 dan 2)
Belajar Cara Belajar : (aktiviti 6)
Pembelajaran kontekstual : (aktiviti 3)

BAHAN BANTU MENGAJAR
Model telefon untuk tujuan simulasi.
Gambar alat-alat komunikasi yang lain.
Radio kaset untuk merakam suara murid untuk diperdengarkan semula.

SISTEM BAHASA
Ayat Permintaan: Ayat permintaan dikenali juga sebagai ayat silaan.
Contohnya: Sila duduk, Jangan bising, Usah bermain, Tolong senyap.

RUJUKAN
Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad. Santun Komunikasi. Kuala Lumpur: DBP.

SIRI 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:14 pm

UNIT 2

TAJUK 3 : Mari ke Rumah Kawan

Halaman 12

HASIL PEMBELAJARAN

5.1 Aras 1 (ii) Membaca perkataan yang mengandungi digraf, diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung dengan betul (fokus sampingan).
2.1 Aras 1 (i) Menamakan dan menyatakan ciri benda maujud dengan perkataan dan ayat yang betul (fokus sampingan).
5.2 Aras 1 (i) Membaca teks naratif dengan sebutan dan intonasi yang betul (fokus sampingan).

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH/TEKNIK
Soal jawab, bercerita

AKTIVITI
1. Guru menunjukkan gambar-gambar rumah dan bersoal jawab dengan murid tentang rumah tersebut.
2. Guru meminta murid menyatakan jenis rumah yang didiami oleh mereka.
3. Membaca teks.
a. Guru membaca dan murid mendengar.
b. Guru membaca dan murid mengikut.
c. Murid membaca secara individu.
4. Murid diminta menceritakan rumah mereka kepada kawan-kawan.
5. Murid diminta mencari maklumat tentang bahagian-bahagian rumah dalam lembaran kerja yang bersesuaian.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran berfikir: Menjana idea (aktiviti 1 dan 4)
Belajar Cara Belajar: (aktiviti 2 c dan 5)

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar-gambar rumah.
Lembaran kerja yang bersesuaian.

SISTEM BAHASA
Kata nama am: Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat yang ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.
Contohnya ialah rumah banglo, rumah rakit, rumah papan, rumah batu, rumah panjang, pondok, kondominium, rumah pangsa.

RUJUKAN
Penulis DBP. (2003). Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua. Kuala Lumpur: DBP.

March 21, 2010

DENGARLAH SUARA KESYAHDUAN

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 12:25 pm

March 2, 2010

ZUHUD …

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:16 am

Next Page »

The Rubric Theme. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.