Khirjoe's Blog

February 28, 2010

DOA SEGALA PENAWAR

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 3:51 pm

Advertisements

Islamic Calendar

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 2:46 pm

Islamic Clock

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 2:37 pm

February 26, 2010

RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 1 : SOUNDS IN THE HOUSE

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:58 pm

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
Mengenalpasti bunyi-bunyi yang berlainan;
Mengenalpasti bunyi-bunyi yang direka untuk tujuan tertentu.

PERKAITAN SUKATAN PELAJARAN

Sains Tahun 1

BAHAGIAN B

Pembelajaran tentang Dunia Sekeliling Kita

UNIT 1.0

Penggunaan Deria Kita

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.5: Pelajar patut mempelajari bunyi-bunyi yang berlainan.

Penting:
Ingatkan pelajar bahawa bunyi yang kuat boleh merosakkan telinga.
Ingatkan pelajar bahawa bunyi yang kuat mungkin menggangu orang lain.

KANDUNGAN : PENGENALAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Jam berloceng. Pengulas memanggil Mimi untuk bangun. Sudah tiba masa Mimi bersiap untuk ke sekolah.
Cadangan:
Tanya pelajar samada mereka mengguna jam berloceng di rumah.


KANDUNGAN : PENERANGAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mendengar dan mengenalpasti bunyi-bunyi di rumah. Mereka juga belajar tentang tujuan bunyi-bunyi tersebut. Bunyi-bunyi tersebut ialah jam berloceng, bunyi dari radio, telefon berdering dan bayi menangis.
Cadangan:
Minta pelajar mengenalpasti and menamakan bunyi-bunyi lain yang terdapat di rumah mereka.


AKTIVITI

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mengajuk tiga bunyi yang berlainan. Bunyi-bunyi tersebut ialah cerek bersiul, jam “cuckoo” dan air menitik.
Cadangan:
Galakkan pelajar mengajuk bunyi-bunyi lain yang terdapat di dalam rumah mereka.
Galakkan pelajar melakukan aktiviti ini secara berpasangan, seorang mengajuk sesuatu bunyi dan seorang lagi meneka bunyi tersebut.


PENILAIAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mendengar bunyi-bunyi yang diberikan. Dalam Helaian Aktiviti 1, pelajar memadankan bunyi-bunyi tersebut kepada gambar-gambar yang betul.
Peralatan yang diperlukan : Pensel, pembaris.

PENGEMBANGAN : PENGUKUHAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mengenalpasti bunyi-bunyi yang didengar dan memilih gambar yang menunjukkan benda yang mengeluar bunyi-bunyi tersebut.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan-soalan tersebut.
Aktiviti ini boleh digunakan sebagai pelajaran ulangkaji sebelum memulakan pelajaran seterusnya.

PENGEMBANGAN : PENINGKATAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mengenalpasti dua bunyi. Bunyi-bunyi tersebut ialah bunyi loceng pintu dan bunyi orang ketawa. Pelajar juga mengenalpasti tujuan bunyi-bunyi tersebut.
Cadangan:
Minta pelajar memberi contoh bunyi yang lain serta tujuannya.


LANJUTAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:Pelajar mengenalpasti tiga bunyi yang dikeluarkan oleh seorang bayi.

Bunyi-bunyi tersebut ialah suara tangisan, ketawa dan kepuasan.
Cadangan:
Tanya pelajar sebab Adam mengeluar bunyi-bunyi tersebut.
Beri situasi yang berbeza (contohnya : apabila lampin Adam basah; apabila Adam jatuh sakit; apabila Adam bermain; dan lain-lain) dan minta pelajar meramalkan bunyi yang akan Adam keluarkan.


RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 1 : SOUNDS OF NATURE

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:37 pm

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
Mengenal pasti bunyi-bunyi yang berlainan;
Membezakan bunyi yang sedap didengar dengan bunyi yang tidak sedap didengar.

PERKAITAN SUKATAN PELAJARAN

Sains Tahun 1

BAHAGIAN B

Pembelajaran tentang Alam Sekeliling Kita


UNIT 1.0


Menggunakan Deria Kita

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.5: Pelajar patut mempelajari tentang bunyi-bunyi yang berlainan.


KANDUNGAN : PENGENALAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar melihat Mimi dan Mira sedang bermain. Langit gelap, ribut dan kilat berdentum di langit. Hujan mula turun. Mimi dan Mira berlari masuk ke dalam rumah. Pelajar ditanya kenapa Mimi dan Mira berlari masuk ke dalam rumah.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan tersebut.
Minta pelajar meneka bunyi-bunyi yang dapat mereka dengar.


KANDUNGAN : PENERANGAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar melihat empat keadaan yang berbeza. Dalam setiap keadaan, pelajar mendengar satu bunyi alam. Bunyi-bunyi tersebut ialah bunyi ribut, air hujan jatuh ke atas bumbung, kicauan burung dan ombak. Pelajar mengenal pasti bunyi-bunyi tersebut dan menyatakan samada bunyi itu sedap didengar atau bising.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan tersebut.
Minta pelajar memberikan sebab kenapa mereka mendapati sesuatu bunyi itu sedap didengar atau bising.

AKTIVITI

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mendengar tiga jenis bunyi alam. Bunyi-bunyi tersebut ialah bunyi harimau mengaum, air terjun dan angin. Dalam Helaian Aktiviti 1, pelajar menandakan bunyi yang mereka suka dan memangkah bunyi yang mereka tidak suka.
Cadangan:
Klik pada pembesar suara untuk mendengar bunyi.
Minta pelajar memberikan sebab kenapa mereka menyukai dan tidak menyukai bunyi tersebut.
Benarkan pelajar mewarnakan gambar tersebut.
Peralatan yang diperlukan: Pensel, Pensel berwarna.


PENILAIAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 2, pelajar membantu Mimi menamakan bunyi-bunyi yang telah mereka pelajari. Pelajar memadankan bunyi-bunyi kepada perkataan yang betul.
Cadangan:
Klik pada pembesar suara untuk mendengar bunyi-bunyi tersebut.
Peralatan yang diperlukan: Pensel

PENGEMBANGAN : PENGUKUHAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar ditunjukkan empat keping gambar kejadian alam yang berlainan. Pelajar mengenal pasti bunyi bagi setiap kejadian. Mereka mengukuhkan pengetahuan mereka tentang bunyi ribut, air hujan jatuh ke atas bumbung, kicauan burung dan ombak.
Cadangan:
Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan biarkan mereka bertanding sesama sendiri. Kumpulan pertama yang dapat meneka dengan betul akan menang.

PENGEMBANGAN : PENINGKATAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 3, pelajar melengkapkan satu teka silangkata. Mereka mendengar tiga jenis bunyi alam dan mengenal pasti haiwan-haiwan yang mengeluarkan bunyi-bunyi tersebut. Pelajar melengkapkan nama haiwan-haiwan dengan mengisi abjad-abjad yang tertinggal. Bunyi-bunyi tersebut ialah bunyi cengkerik, ayam jantan berkokok dan katak berdengkang.
Cadangan:
Beritahu pelajar bahawa bunyi haiwan juga disifatkan sebagai bunyi alam.
Peralatan yang diperlukan: Pensel.


LANJUTAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar membuat satu eksperimen gema bunyi. Mereka melakukan eksperimen ini dengan berdiri di dalam sebuah bilik kosong dan berteriak sekuat yang boleh. Kemudian, mereka mendengar bunyi tersebut bergema beberapa kali.
Cadangan:
Gunakan dewan sekolah atau bilik kosong yang besar untuk eksperimen itu.
Beritahu pelajar tentang tempat lain yang boleh mengeluar bunyi gema seperti gua atau gaung.

RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 1 : SCHOOL TRIP

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 1:16 pm

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat mengumpulkan objek-objek berdasarkan kepada warna dan saiz mereka.

PERKAITAN SUKATAN PELAJARAN

Sains Tahun 1

BAHAGIAN B

Pembelajaran tentang Alam Sekeliling Kita

UNIT 1.0

Menggunakan Deria Kita

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.1: Pelajar patut mempelajari tentang warna-warna yang berlainan.
1.3: Pelajar patut mempelajari tentang saiz-saiz yang berbeza.

1.4: Pelajar patut belajar untuk mengumpulkan objek-objek menggunakan kriteria-kriteria berlainan.
Penting:
Prihatin kepada pelajar istimewa seperti pelajar buta atau cacat anggota.

KANDUNGAN : PENGENALAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Mimi dan kawan-kawannya mengikuti rombongan sekolah mereka berkelah di tepi pantai. Pelajar melihat gambar tempat Mimi dan kawan-kawannya pergi. Mereka meneka nama tempat itu.

KANDUNGAN : PENERANGAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:

Pelajar membantu Mimi mengemaskan barang-barangnya yang akan dibawa dalam lawatan itu.Barang-barang yang diperlukan oleh Mimi ialah sebuah beg besar berwarna biru, sehelai tuala besar berwarna hijau, pelampung kecil berwarna kuning, bekas air kecil berwarna merah dan sebiji bola besar berwarna hijau. Pelajar mengenal pasti benda-benda berdasarkan kepada saiz danwarna mereka.

Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan tersebut.


AKTIVITI

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 1, pelajar membuat beberapa buah kotak kecil dan besar. Mereka mewarnakan kotak-kotak itu dengan warna hijau atau kuning. Kemudian, pelajar mengumpulkan kotak-kotak itu berdasarkan saiz dan warnanya.
Cadangan:
Untuk memudahkan pelajar mewarnakan kotak-kotak tersebut, arahkan pelajar mewarnakan bentuk-bentuk itu terlebih dahulu sebelum mereka melipatnya. Untuk menjadikan aktiviti itu lebih menarik, pelajar membuat kotak-kotak secara berkumpulan. Peralatan yang diperlukan: Gunting, gam, pensel warna.


PENILAIAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 2, pelajar mengenal pasti saiz benda-benda yang terdapat di dalam gambar dengan mewarnakan benda-benda besar dengan warna ungu dan benda-benda kecil dengan warna merah muda.
Peralatan yang diperlukan: Pensel warna.

PENGEMBANGAN : PENGUKUHAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar mengumpulkan barang-barang kanak-kanak itu mengikut saiz dan warna. Mereka belajar untuk mengumpulkan barang-barang tersebut berdasarkan kriteria-kriteria berlainan.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan-soalan tersebut.

PENGEMBANGAN : PENINGKATAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 3, pelajar mengenal pasti bentuk yang sama saiz dan sama warna. Pelajar menulis nama bentuk itu di dalam kotak yang betul.
Cadangan:
Minta pelajar mengenal pasti perbezaan antara bentuk-bentuk tersebut. Pelajar melakukan aktiviti ini bersama dengan pembelajaran yang sedang dipelajari. Peralatan yang diperlukan: Pensel, pensel warna.

LANJUTAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar mempelajari bahawa mereka memperolehi warna baru apabila mereka mencampurkan warna merah dengan warna biru dan apabila mereka mencampurkan warna merah dengan warna kuning. Pelajar mendapati bahawa mereka boleh menggunakan kertas lutsinar berwarna merah untuk menentukan warna baru yang akan diperolehi.
Cadangan:
Minta pelajar meneka warna-warna baru sebelum mereka memulakan eksperimen itu.
Jelaskan kepada pelajar bahawa terdapat dua cara untuk memperolehi warna-warna baru – mencampurkan warna-warna atau melihat objek melalui kertas lutsinar berwarna.
Peralatan yang diperlukan: Kertas lutsinar mer
ah, objek berwarna biru dan kuning.

RACANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 1 : DOES IT HAVE A SMELL

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 11:35 am

OBJEKTIF PEMBELAJARAN


Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

Mengenalpasti samada benda-benda berbau atau tidak;

Membezakan diantara bau wangi dan bau busuk.


PERKAITAN SUKATAN PELAJARAN


Sains Tahun Satu


BAHAGIAN B


Pembelajaran tentang Dunia Kita


UNIT 1.0

Penggunaan Deria Kita


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.6: Pelajar patut mempelajari bau-bau yang berlainan.
Penting:
Beritahu pelajar bahawa bau itu subjektif. Setiap pelajar mebuat keputusan sendiri samada sesuatu berbau wangi atau busuk.

KANDUNGAN : PENGENALAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Puan Rajan sedang megeluarkan kek dari ketuhar. Andy dan Sara menghidu bau kek tersebut. Pelajar ditanya samada mereka suka bau makanan.
Cadangan:
Tanya pelajar samada mereka suka bau kek. Minta pelajar menamakan makanan lain yang mereka suka hidu.

KANDUNGAN : PENERANGAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mempelajari samada benda-benda di dapur berbau atau tidak. Benda-benda yang berbau adalah kek, bawang merah, epal, ikan kering dan gula-gula. Benda-benda yang tidak berbau adalah garpu, air dan botol. Mereka juga belajar samada sesuatu benda berbau wangi atau busuk. Biskut, bunga dan limau berbau wangi. Bawang putih dan nasi yang hangus berbau busuk.
Cadangan:
Minta pelajar menamakan benda-benda lain di dapur yang berbau. Tanya mereka samada benda yang dinamakan itu berbau wangi atau busuk.

AKTIVITI

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar bermain satu permainan meneka. Ada lima kotak yang mempunyai benda-benda yang berlainan. Pelajar menghidu dan meneka benda yang terdapat di dalam kotak-kotak tersebut. Kemudian, mereka membuka kotak-kotak tersebut untuk mengetahui samada mereka telah meneka dengan betul.
Cadangan:
Galakkan semua pelajar untuk berkongsi pendapat samada mereka suka atau tidak suka bau-bau tersebut.
Peralatan yang diperlukan: Lima kotak kosong dengan penutup, hirisan limau, bijirin kopi, sekuntum bunga ros, bawang putih yang telah dicincang, roti.


PENILAIAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 1, pelajar mengenalpasti dan membulatkan benda-benda yang berbau.
Dalam Helaian Aktiviti 2, pelajar mengenalpasti dan membulatkan benda-benda yang berbau wangi.
Peralatan yang diperlukan: Pensel

PENGEMBANGAN : PENGUKUHAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mengenalpasti dan memilih benda yang berbau. Pelajar juga mengenal pasti dan memilih benda yang berbau wangi.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan-soalan itu.
Aktiviti ini boleh digunakan sebagai pelajaran ulangkaji sebelum memulakan pelajaran seterusnya.

PENGEMBANGAN : PENINGKATAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar diperkenalkan kepada buah durian. Mereka ditanya samada mereka suka bau buah tersebut. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Kemudian, pelajar ditanya tentang buah kegemaran mereka. Mereka juga ditanya samada mereka suka bau buah kegemaran mereka.

LANJUTAN

Masa yang dicadangkan: 5 minit
Ringkasan:
Pelajar mempelajari tentang kepentingan bau. Pelajar ditanya apa yang patut mereka lakukan apabila mereka terbau benda hangus di dapur. Pelajar mempelajari bahawa mereka patut memberitahu ibubapa atau orang yang lebih tua mengenainya. Pelajar mempelajari bahawa bau hangus memberitahu kita bahawa ada benda yang terbakar.
Cadangan:
Huraikan dengan lebih lanjut tentang kepentingan bau.
Beritahu pelajar bahawa bau yang tertentu memberi amaran tentang bahaya.
Galakkan pelajar untuk memberi contoh-contoh bau yang lain yang memberi amaran tentang bahaya.

RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 1 : GROCERY SHOP

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 10:34 am

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat mengumpulkan benda-benda berdasarkan bentuk-bentuk
dan saiz-saiz mereka.

PERKAITAN SUKATAN PELAJARAN

Sains Tahun 1

BAHAGIAN B

Pembelajaran tentang Alam Sekeliling Kita

UNIT 1.0

Menggunakan Deria Kita

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.2: Pelajar patut belajar tentang bentuk yang berbeza.
1.3: Pelajar patut belajar tentang saiz yang berbeza.
1.4: Pelajar patut belajar untuk mengumpulkan objek-objek berdasarkan kepada kriteria-kriteria
berlainan.

KANDUNGAN : PENGENALAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Pelajar melihat En. Halim berada di hadapan kedai runcitnya. Dia ingin mengeluarkan barang-barang di dalam kotak. Pelajar dijemput untuk membantu En. Halim.

KANDUNGAN : PENERANGAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar membantu En. Halim memilih barang-barang tersebut mengikut bentuk-bentuk dan saiz-saiznya. Contohnya, di manakah En. Halim patut meletakkan biskut-biskut kecil yang berbentuk segiempat tepat berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan tersebut.

AKTIVITI

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar bermain satu permainan secara berkumpulan. Pelajar memotong bentuk-bentuk yang diberikan di dalam helaian Aktiviti 1 itu. Kemudian pelajar mengumpul dan mengira bentuk-bentuk berdasarkan saiz-saiz mereka. Contohnya, pelajar mengira jumlah segitiga bersaiz besar yang ada dalam kumpulan mereka.
Cadangan:
Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat orang.
Pelajar juga boleh mewarnakan bentuk-bentuk itu.
Peralatan yang diperlukan: Gunting, Pensel berwarna

PENILAIAN

Masa yang dicadangkan : 5 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 2, pelajar melihat dua keping gambar yang terdiri daripada bentuk-bentuk. Pelajar mengira bilangan bentuk-bentuk yang berlainan saiz dan menulis jawapannya di dalam kotak-kotak yang diberikan.
Cadangan:
Pelajar boleh mewarnakan gambar tersebut.
Peralatan yang diperlukan: Pensel, Pensel berwarna.

PENGEMBANGAN : PENGUKUHAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar melihat Andy membeli barang-barang di kedai runcit En. Halim. Apabila Andy memilih suatu barang, pelajar mengenal pasti saiz dan bentuk barang-barang tersebut.
Cadangan:
Minta pelajar tertentu menjawab soalan tersebut.

PENGEMBANGAN : PENINGKATAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Dalam Helaian Aktiviti 3, pelajar mewarnakan setiap bentuk mengikut warna tertentu. Contohnya, pelajar mewarnakan bentuk segiempat tepat dengan warna merah. Kemudian pelajar melabelkan saiz barang-barang tersebut.
Peralatan yang diperlukan: Pensel warna, pensel.

LANJUTAN

Masa yang dicadangkan : 10 minit
Ringkasan:
Pelajar mencari benda-benda yang berbentuk segitiga, segiempat sama, segiempat tepat dan bulat di dalam suratkhabar dan majalah lama.
Cadangan:
Pelajar melakukan aktiviti ini secara berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada tiga atau empat orang pelajar.
Peralatan yang diperlukan: Suratkhabar dan majalah lama, Gunting.

February 5, 2010

BIODATAKU …

Filed under: Uncategorized — khirjoe @ 10:01 am

Sarjana Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari

Universiti Utara Malaysia

Sintok

Kedah.

Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Seri Perlis

01000 Kangar

Perlis.

Blog at WordPress.com.